Tuesday, March 17, 2009

أهمية اللغة العربية

الحمد لله .. نشكر الله سبحانه وتعالى على نعمة الإيمان والإسلام ، فالحمد لله الذي جعلنا من المؤمنين المسلمين. وهذه أول مرة أكتب فيها مقالا باللغة العربية.

كما أحمد الله تعالى وأشكره أن وفقني لأتعرف على صديق عزيز من العرب (فلسطين) يعلمني اللغة العربية ويساعدني في مواد الكلية.

إن اللغة العربية مهمة جدا لأمة الإسلام لأنها لغة القرآن كما أنها لغة أهل الجنة وهي الوسيلة لفهم القرآن الكريم والحديث الشريف . لذا فعلينا أن نشكر الله نحن الطلاب لأنه أرسلنا إلى مصر عموما ووفقنا للدراسة بالأزهر الشريف خصوصا ، فكما عرفنا هذه البلد بأنها بحر العلم ومنارته .

فيجب علينا أن نجتهد في طلب العلم ولا نضيع الفرصة التي أمامنا لكي لما نرجع ألى بلادنا نستطيع أن نبلغ العلم الذي تعلمناه في الأزهر ونغير الفكرة المذمومة إلى الفكرة الحسنة إن شاء الله تعالى .....وفقنا الله جميعا .

Monday, December 1, 2008

kekeringan....

sudah lebih 3 bulan dah saya xupdate blog saya.ini semua kerana kekeringan idea yang xtau nak tulis ape dan masa yang xmenentu kerana sibuk dengan kelas tambahan dan persediaan exam yang bakal tiba tidak lama lagi.


kadang-kadang payah gak ade blog nih,terpaksa nak kena fikir ape benda yang hendak ditulis.kalau xupdate pulak nanti rasa macam x gune jerk ade blog.apepun saya kena tumpukan exam saya dulu,insyaAllah klo ade fikrah saya update blog saya........

Wednesday, September 17, 2008

yang lalu biarkanlah ianya berlalu

mengingati perkara-perkara yang lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang,kemudian berasa sedih,putus asa di atas kegagalan yang di dalamnya adalh satu tindakan yang bodoh dan gile.itu sama ertinya dengan membunuh semangat,harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya

bagi orang yang berfikir,peristiwa-peristiwa lampau akan di simpan dan tidak akan dilihat kembali.kita harus menggurung dan melupakannya di dalam penjara ,menggantungnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar.mungkin kita boleh mengenang atau mengimbas kembali perkara-perkara yang telah berlaku tetapi kita hendaklah menjadikannya sabagai
pengajaran,sempadan dan semangat untuk kita bangun menuju kehadapan.

janganlah kita hidup di bawah bayang-bayang kesedihan yang lalu,angkatlah diri kita dari fantasi tersebut.apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali?apekah kita mengharapkan matahari dan bulan kembali ke tempat asalnya dan air mata ke dalam kelopok mata?

kita hendaklah percaya bahawa,masa masa depan akan datang dengan sendirinya.mungkin hari ini kita belum lagi berjaya,tapi esok luse insyaAllah kita akan kecapi ape yang kita inginkan selama ini.sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Nahl ayat 1:

أتى أمر الله فلا تستعجلوه
maksudnya:sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang,maka janganlah kalian minta untuk di segerakan.............

manusia sebenarnya tidak perlu memandang masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus kehadapan,air akan mengalir kehadapan,oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Friday, August 29, 2008

ramadhan karim


seperti biasa,setiap tahun apabila datangnya bulan ramadhan umat islam ada yang menyambutnya dengan rasa gembira,tertawa dan ade juga yang menyambutnya dengan rasa sedih kerana terpaksa menahan diri daripada lapar dan masa itulah berlaku penyakit yang selama ini tidak ada dalam dirinya telah datang dengan tiba-tiba untuk di jadikan alasan kerana tidak mahu berpose.

tapi itulah hakikatnya tanggungjawab kita sebagai hamba untuk menunaikan perintah daripada tuhan yang Esa.kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui ape yang dikatakan bulan ramadhan itu.adakah bulan ramadhan itu kita menjalankan ibadah puasa sahaja dan beribadat pada waktu siang sahaja atau kita mentakrifkan bulan ramadhan itu sebagai bulan beribadat keseluruhan waktu.

pada bulan ramadhan ini kita hendaklah meningkatkan amalan kita dan selain daripada itu perlu banyakkan bertaubat,kerana bulan ramadhan inilah bulan yang mulia seperti mana yang kita tahu juga bulan ramadhan ini adalah penghulu segala bulan.

kita tidak harus untuk meninggalkan peluang ini kerana kita tidak mengetahui adakah kita jumpa lagi atau tidak bulan mulia ini untuk akan datang.kita juga jangan melepaskan peluang untuk mengejar malam lailatulqadar,kerana malam itu pintu-pintu taubat dibuka dan banyak lagi kelebihan yang ade pada malam itu.

oleh itu kita janganlah membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,kita perlu memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disamping kita berpose dan berzikir.
semoga bulan ramadhan kali ini membentuk kita menjadi muslim yang sejati dan mengajar kita ape itu islam sebenar....

selamat menjalankan ibadah puasa......

Monday, July 14, 2008

hari kedua

hari ini masuk hari kedua saya belajar blog dengan sifu saya,zaki.Secara keseluruhannya blog ini takdalah mudah sangat sererti apa yang disangkakan,tapi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kena rajin menggodeh.saya mengkategorikan godeh itu terbahagi kepada dua iaitu:

pertama,menggodeh denagan cara berilmu dan yang kedua,menggodeh dengan cara ikut suka..menggodeh dengan cara berilmu ini ialah dia membaca semua arahan yang dipaparkan kepadanya,dan cara ikut suka pula adalah, menggodeh dengan tanpa baca dan main kilk jerk mana-mana yang dia suka.kadang-kadang apa yang di klik nyer itu menjadi dan kebanyakkannnye tidak menjadi.saya mengkategorikan diri saya kepada dua-dua bahagian itu,kerana kadang-kadang saya baca dan ikut arahan dan kadang2 saye bace tpi x faham dan ikut suke saya(main klik jerk).

tapi Alhamdulillah dlm blog ini ade arahan dalam bahasa indonesia,so senang sikit nak godeh2..sudah masuk hari kedua nih banyak jugak yang saya belajar antara nyer ,meletakkan video dalam blog,meletakkan gambar dalam bolg,tapi sebenarnya banyak juga yang saya x tau,insyaAllah saya akan belajar benda2 yang saya xtau 2.ape2 pon saya berterima kasih kepada sifu,kerana banyak membantu saya untuk membuat blog ini dan menurunkan ilmu2 blog ini dan saya harap dia akan menurunkan banyak lagi ilmu blog yang pelik2 nih kepada saya ....