Friday, August 29, 2008

ramadhan karim


seperti biasa,setiap tahun apabila datangnya bulan ramadhan umat islam ada yang menyambutnya dengan rasa gembira,tertawa dan ade juga yang menyambutnya dengan rasa sedih kerana terpaksa menahan diri daripada lapar dan masa itulah berlaku penyakit yang selama ini tidak ada dalam dirinya telah datang dengan tiba-tiba untuk di jadikan alasan kerana tidak mahu berpose.

tapi itulah hakikatnya tanggungjawab kita sebagai hamba untuk menunaikan perintah daripada tuhan yang Esa.kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui ape yang dikatakan bulan ramadhan itu.adakah bulan ramadhan itu kita menjalankan ibadah puasa sahaja dan beribadat pada waktu siang sahaja atau kita mentakrifkan bulan ramadhan itu sebagai bulan beribadat keseluruhan waktu.

pada bulan ramadhan ini kita hendaklah meningkatkan amalan kita dan selain daripada itu perlu banyakkan bertaubat,kerana bulan ramadhan inilah bulan yang mulia seperti mana yang kita tahu juga bulan ramadhan ini adalah penghulu segala bulan.

kita tidak harus untuk meninggalkan peluang ini kerana kita tidak mengetahui adakah kita jumpa lagi atau tidak bulan mulia ini untuk akan datang.kita juga jangan melepaskan peluang untuk mengejar malam lailatulqadar,kerana malam itu pintu-pintu taubat dibuka dan banyak lagi kelebihan yang ade pada malam itu.

oleh itu kita janganlah membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,kita perlu memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran disamping kita berpose dan berzikir.
semoga bulan ramadhan kali ini membentuk kita menjadi muslim yang sejati dan mengajar kita ape itu islam sebenar....

selamat menjalankan ibadah puasa......